Wednesday, November 11, 2009

Owhh SELASA!

Selasa yang dilalui amat bermakna. Masih bernafas di ruang sekejap ini. Agak terlewat tiba di pejabat, lebih kurang jam 7.45 pagi. Mesyuarat Jabatan seperti biasa mengambil masa yang agak lama untuk diperincikan satu persatu perkara berbangkit dan program semasa.

Saya habiskan waktu tengah hari bersama Nani, Fu & Chups di KFC, jarang dapat keluar sebab saya lebih selesa habiskan waktu rehat saya di pejabat saja.

Meneruskan agenda petang dengan mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar UNISEL. Semoga program sabtu ini akan baik-baik saja. Jam 4 ptg saya ke LBSA bersama dengan Pegawai HEP UiTM untuk mengadakan perbincangan rinkas mengenai program FESTKUM pada Disember nanti.

No comments:

Post a Comment