Wednesday, November 11, 2009

Owhh SELASA!

Selasa yang dilalui amat bermakna. Masih bernafas di ruang sekejap ini. Agak terlewat tiba di pejabat, lebih kurang jam 7.45 pagi. Mesyuarat Jabatan seperti biasa mengambil masa yang agak lama untuk diperincikan satu persatu perkara berbangkit dan program semasa.

Saya habiskan waktu tengah hari bersama Nani, Fu & Chups di KFC, jarang dapat keluar sebab saya lebih selesa habiskan waktu rehat saya di pejabat saja.

Meneruskan agenda petang dengan mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar UNISEL. Semoga program sabtu ini akan baik-baik saja. Jam 4 ptg saya ke LBSA bersama dengan Pegawai HEP UiTM untuk mengadakan perbincangan rinkas mengenai program FESTKUM pada Disember nanti.

Wednesday, November 4, 2009

Hey NOVEMBER

Pantas waktu berlari meninggalkan Oktober tanpa menoleh lagi. Singkat benar rasanya hidup ini. Penghujung Oktober saya sempat bertugas di LBSA, dari lewat senja sampai ke jam 12.15, konsert santai yang sangat menghiburkan. Huh, pada malam tu, saya kehilangan motor tersayang yang banyak berjasa lewat waktu belajar di UiTM...

2 November - Orang cakap Monday BLUES.... tapi hari ini ada perhimpunan kali ke 6 bersama Datuk Bandar. Sebaik sahaja tamat perhimpunan saya terus bersiap untuk sesi perbincangan bagi takwin 2010.

3 November - Hari ini saya teruskan perbincangan pagi dengan "team pengurusan" BKKP. Selepas itu hari ini juga saya adakan sesi bertemu dengan setiap staf BKKP di bilik saya dengan mengikut giliran. Saya juga sempat menghadiri mesyuarat di TSSB.

4 November - Sesi bertemu dengan staf BKKP diteruskan. Saya juga sempat menyiapkan lirik lagu untuk untuk gubahan En Azim. Pada sebelah petang, saya mengadakan diskusi dengan 4 orang pelajar UNISEL bagi program yang akan diadakam di LBSA.