FROM THE WINDOW OF ZULFAHMEE
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramdhan.....
"Ahlan Ya Ramadhan, kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... Amin
Wednesday, July 14, 2010
Julai yang bertandang
Saat Jun pergi dengan lenyap.. "time is flys".. Julai yang bertandang pun cepat dan pantas. Saya kembali menjengah diruang sempit ini. Kehidupan diteruskan seperti sediakala, mendahului sesuatu yang dekat dengan kita dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Melankolik kehidupan adalah sebuah warna.
Julai juga amat padat dengan program-program yang perlu dilunaskan, bukan sahaja program khusus tetapi program-program bersama dan jemputan untuk menjadi juri pertandingan dan membuat persembahan puisi dan teater monolog serta pengacaraan. Amat teruja apabila sesuatu peluang itu diguna sebaik mungkin.
Semoga terus bersemangat untuk hari-hari esok. Sesuatu yang ikhlas itu adalah nadi kekuatan yang mampu mengubah sedih menjadi riang, mengubah musibah menjadi muhibah dan mengubah duri menjadi sekuntum mawar....
Julai juga amat padat dengan program-program yang perlu dilunaskan, bukan sahaja program khusus tetapi program-program bersama dan jemputan untuk menjadi juri pertandingan dan membuat persembahan puisi dan teater monolog serta pengacaraan. Amat teruja apabila sesuatu peluang itu diguna sebaik mungkin.
Semoga terus bersemangat untuk hari-hari esok. Sesuatu yang ikhlas itu adalah nadi kekuatan yang mampu mengubah sedih menjadi riang, mengubah musibah menjadi muhibah dan mengubah duri menjadi sekuntum mawar....
Sunday, February 21, 2010
Wednesday, February 10, 2010
My Fahmee
My name is Mohd Zulfahmee but most people call me Famee because it’s easier. I'm hard working and terrified of being unsuccessful in life. My life is basically my family, my angel and friends who I would do anything for. I've learned a lot about myself in the past year. I love my life and everything about it. I can't wait for the future and wouldn't change a thing about my past. For me past is past. Life is short, that is why I choose to forget and forgive.
I love to try new things to get different experiences. I'm not people pleaser, I do things my way. I try to make people know how much they are appreciated. I want to show love and be loved. I believe everything happens for a reason and believe life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories and learning from the past.... however, i can spice and enjoy with life but never out of control and what is an important never forget Allah (S.W.T.)
Thursday, January 7, 2010
2010 - Antara Transformasi & Realiti
Salam 2010, semoga yang baik-baik saja bertandang bagi tahun ini. Saya mengusir fragmen 2009 biar menjadi puing yang berterbangan. Mana mungkin mudah bagi kita menguburkan fragmen lepas begitu saja?
Thursday, December 17, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Belasungkawa buat arwah Aizuddin
Membaca sms dari Azim pada jam 6.40 pagi menyebabkan saya tersentak seketika. Apabila telah tertulis dengan jelas oleh buku kehidupan maka ia adalah sesuatu yang pasti dan tidak boleh diubah oleh kerdilnya manusia. Penghujung 2009, Khalik Maha Pencipta telah memanggil pulang rakan sekerja yang saya juga mengangap beliau sebagai abang untuk kembali padaNya.
Jiwa saya terusik apabila mengingati waktu terakhir bersama arwah sebelum saya memberi sokongan bagi cuti beliau. Kata-kata terakhir arwah "Boss, ada rezki kita jumpa lagi pasni, kalau dah tak ada rezki nk buat camana? saya menzahirkan seluruh jiwa saya di MBSA semata-mata untuk menyara keluarga saya"... perbualan kami berakhir dengan senyum tawa.
Secara peribadi, saya amat menyenangi arwah. Sepanjang setahun lebih mengenali beliau, awah seronok berkongsi cerita dan pandangan. Lebih terharu, arwah juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu muzik.
Saya cuba untuk tidak mengalirkan air mata kerana 2009 saya terlalu banyak kehilangan orang-orang yang rapat dengan saya, Saat melihat wajah terakhir, sebelum kapas terakhir menutupi wajahnya, saya rasa sebak seketika. Lebih terharu, semasa saya mendakap erat abang arwah, Encik Azlan yang juga merupakan rakan sekerja saya. Semoga arwah tenang di sana dengan payung rahmat Khalik Maha Penyayang dan Syafaat Nabi Muhammad (S.A.W). Al-Fatihah.
Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah. Bila pertemuan itu dijaga sebaik-baiknya, tanpa rasa curiga, tanpa hasad dengki, tanpa sikap mementingkan diri, jangan bersifat terlalu sempurna.. maka pertemuan itu indah. Kadang-kadang, rasa indah itu sekejap sahaja kerana setiap antara kita akan merasai sebuah kehilangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)